BlackBerry Akhirnya Henti Operasi Model Keluaran Lama

Suatu ketika, jenama telefon pintar, BlackBerry pernah menjadi fenomena dan kegemaran ramai pengguna serata dunia.

blackberry akhirnya henti operasi model keluaran lama

Namun selepas munculnya Android dan Apple, jenama tersebut yang kini berusia 37 tahun dilihat semakin kurang diminati, hingga memaksa peranti tersebut beralih sistem operasi mereka kepada perisian Android.

 

Terbaharu, jenama tersebut mengumumkan akan menghentikan sistem operasi yang menyokong peranti model keluaran lamanya termasuk BlackBerry 10, 7.1 OS serta keluaran sebelum itu bermula 4 Januari 2022.

 

Menurut syarikat itu, pemilik BlackBerry yang tidak menggunakan perisian Android tidak lahi akan dapat menggunakan data, menghantar teks mesej, mengakses internet atau membuat panggilan termasuklah panggilan kecemasan.

 

Terdahulu, kebanyakkan pengguna BlackBerry telah beralih arah dan menggunakan peranti lain sejak keluaran terakhir sistem operasi yang dilancarkan pada 2013. Langkah menghentikan sistem sokongan tersebut adalah penghujung kepada penggunaan BlackBerry yang pernah dianggap teknologi canggih pada ketika itu.

 

Sehingga September 2013, terdapat 85 juta pengguna BlackBerry diserata dunia, dan angka itu semakin merosot hingga hanya 23 juta pengguna setakat Mac 2016.

 

Sumber: [1]