Bintil Pada Kelopak Mata Ini Boleh Jadi Petanda Kepada Penyakit Jantung

Setiap perubahan yang berlaku pada tubuh badan kita boleh menjadi petunjuk awal kepada sesuatu penyakit.

.
 
Pernah tak suatu hari anda membelek muka dan menemui bintil atau benjolan pada kelopak mata? Jika ya, itu tanda anda hidap masalah xanthelasma.

ada bintil kuning pada mata? ia boleh jadi tanda sakit jantung
 
Xanthelasma atau nama saintifiknya  xanthelasma palpebrarum (XP) merupakan deposit lembut, kekuningan dan berlemak yang terbentuk dibawah kulit. Meskipun ia tidak berbahaya, ia boleh menjadi pentanda kemungkinan penyakit jantung.
 
ada bintil kuning pada mata? ia boleh jadi tanda sakit jantung

Menurut kajian, hampir separuh individu yang ada benjolan ini mempunyai kolestrol yang tinggi. Berikut adalah faktor yang boleh meningkatkan lagi masalah xanthelasma:

- Anda seorang wanita

- Berusia antara 30 hingga 50 tahun

- Berketurunan Asia atau Mediterranean

- Mempunyai tabiat merokok

- Mengalami tekanan darah tinggi

- Berdepan masalah obesiti

- Menghidap diabetes

- Tahap lipid – lemak dalam darah, termasuk kolesterol – yang tinggi secara tidak normal

.


Bintil kolestrol pada wajah ini tidak akan hilang dengan sendirinya, malah saiznya mungkin akan kekal sama atau semakin besar dari masa ke semasa. Bagaimanapun ia boleh dibuang sekiranya ia mencacatkan penampilan wajah anda.

ada bintil kuning pada mata? ia boleh jadi tanda sakit jantung

Antara lain, dengan menurunkan tahap kolestrol dalam badan juga boleh merawat masalah xanthelasma ini. Ubah cara pemakanan dan diet anda serta amalkan cara hidup sihat.

.
 
Dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum anda mahu menggunakan sebarang suplemen dan ubat-ubatan.

 
Sumber: Hellodoktor