Bill Gates dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar Poland berkata, beliau meramalkan dunia akan kembali normal pada akhir 2022, dengan adanya vaksin COVID-19.
Katanya, COVID-19 adalah satu tragedi luar biasa dan satu-satunya berita baik adalah dengan wujudnya akses kepada vaksin.
"Pada akhir 2022, kita pada dasarnya akan kembali normal," kata Gates mengenai wabak tersebut sepertimana dilapor Reuters.
Melalui Yayasan Bill dan Melinda Gates, beliau telah mendermakan sekurang-kurangnya AS$1.75 bilion (kira-kira RM72.63 bilion) untuk program mengekang wabak COVID-19, termasuklah sokongan untuk beberapa pengeluar vaksin, diagnostik dan rawatan.
Sumber: Astro Awani