Bilangan Kes Positif COVID-19 Di Malaysia Terus Meningkat – KP Kesihatan

Bilangan kes positif COVID-19 di Malaysia dilihat terus meningkat kepada 6,796 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48/2023) iaitu dari 26 Nov hingga 2 Dis lepas berbanding 3,626 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

bilangan kes positif covid-19 di malaysia terus meningkat – kp kesihatan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki COVID-19 ke fasiliti kesihatan adalah 3.5 bagi setiap 100,000 penduduk dan 1.0 bagi setiap 100,000 penduduk adalah bergejala ringan.

 

Ujarnya, pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.8 peratus, manakala peratus pengisian katil bukan kritikal COVID-19 pula 1.1 peratus.

 

Tambahnya lagi, 72.9 peratus daripada varian membimbangkan (VOC) yang dikesan merupakan varian Omicron, diikuti dengan 26.2 peratus varian Delta dan selebihnya varian Beta dan Alpha.

 

Bagaimanapun menurut beliau, keadaan semasa COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

 

Dalam pada itu, orang ramai diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah pencegahan, antaranya mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi dan mengamalkan TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan dapatkan rawatan) sekiranya bergejala.

bilangan kes positif covid-19 di malaysia terus meningkat – kp kesihatan

Sumber: KKM