Bilangan Ikan Tongkol Makin Terancam, Saintis Diseru Beri Kerjasama

Kuantiti ikan tongkol kini berada pada tahap membimbangkan serta kian terancam khusus di Laut China Selatan.

bilangan ikan tongkol makin terancam, saintis diseru beri kerjasama

Menurut laporan, penggubal dasar dan saintis dari lima negara Asia menggesa kerjasama perikanan dilaksanana bagi mengatasi masalah bilangan ikan tongkol yang kian berkurangan di perairan tersebut.

 

Sekumpulan saintis dari China, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam melaporkan kuantiti ikan tongkol kini berada pada tahap membimbangkan ekoran daripada aktiviti penangkapan ikan kecil secara berlebihan.

bilangan ikan tongkol makin terancam, saintis diseru beri kerjasama

Ikan tongkol adalah spesis yang sering bermigrasi, menyebabkan bilangan populasinya di satu-satu kawasan menjadi berkurangan. Justeru, satu stok kerjasama perlu dibuat keatas negara-negara berkaitan bagi mengatasi masalah ini.

 

“Di seluruh Laut China Selatan, terdapat peningkatan penggunaan peralatan menangkap ikan yang boleh menangkap ikan tongkol yang masih kecil.

“Jika tidak diurus, keadaan itu akan menyebabkan terlalu banyak anak ikan tongkol ditangkap sebelum ia membiakkan generasi seterusnya, sekali gus mengakibatkan penurunan populasi yang pantas,” tulis laporan tersebut.

 

Bagaimanapun kerjasama perikanan amat sukar dilakukan ketika ini di Laut China Selatan susulan daripada konflik dan ketegangan antara China dan beberapa negara lain di sekitar perairan itu, termasuk lah juga Amerika Syarikat.

 

Sumber: Kosmo!