Betul Ke Masak Popcorn Guna Microwave Punca Kanser?

Popcorn atau bertih jagung merupakan snek yang menjadi kegemaran ramai. Ia mudah disediakan dan boleh dinikmati pada bila-bila masa. Antara cara menyediakan popcorn adalah dengan menggunakan microwave.

betul ke masak popcorn guna microwave punca kanser?

Namun wujud dakwaan kononnya popcorn yang dimasak dengan menggunakan microwave ini boleh menyebabkan kanser. Betul ke?

 

Bagaimanapun kemungkinan untuk mendapat kanser itu sebenarnya bukanlah dari microwave, tetapi daripada popcorn itu sendiri.

betul ke masak popcorn guna microwave punca kanser?

Sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai sebatian perfluorinasi (PFC) yang biasanya terdapat pada beg bungkusan snek, bertujuan untuk mencegah minyak meresap melalui bertih jagung ini.

 

PFC digunakan secara meluas dalam produk makanan lain seperti kotak piza, pembungkus sandwich dan sesetengah jenis pembungkusan makanan lain. PFC akan terurai menjadi asid perfluorooctanoic (PFOA), sejenis bahan kimia yang disyaki menjadi punca barah.

betul ke masak popcorn guna microwave punca kanser?

Bahan kimia ini akan masuk ke dalam bertih jagung semasa anda memanaskannya. Ia akan masuk ke dalam aliran darah dan boleh kekal di dalam tubuh untuk jangka masa yang lama.

 

Banyak kajian telah dilakukan bagi menentukan sama ada bahan kimia ini boleh menjejaskan manusia atau tidak. Antaranya, kajian kesan pendedahan PFOA terhadap penduduk yang tinggal berhampiran kilang, yang melepaskan asap bahan kimia ini ke udara sejak tahun 1950-an.

 

Hasilnya, pendedahan kepada bahan kimia ini mengaitkan ia kepada beberapa masalah kesihatan kepada manusia, termasuklah barah testis dan buah pinggang.

betul ke masak popcorn guna microwave punca kanser?

U.S. Food and Drug Administration (FDA) mendapati bertih jagung yang dimasak menggunakan microwave ini menyumbang lebih daripada 20% kadar PFOA kepada hampir kebanyakan darah rakyat Amerika.

 

Disebabkan itu, penggunaan PFC dalam produk makanan kini telah dilarang. Maka, ini bermakna bungkusan bertih jagung yang anda beli pada hari ini, tidak lagi mengandungi bahan kimia ini.

 

Sumber: Hello Doktor