Masalah gastrik boleh terjadi kepada mana-mana individu dan biasanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria yang sama dengan masalah ulser perut iaitu H. pylori.
Pun begitu, ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan gastrisis seperti pengambilan minuman beralkohol, kesan ubat-ubatan serta makanan yang berasid.
,
Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan sekiranya individu itu mengalami masalah gastrisis.
1. Buah dan sayur-sayuran berasid seperti limau, oren, tomato dan bawang.
2. Produk tenusu yang mana ia akan memburukkan lagi simptom gastrisis kerana penghasilan asid perut yang lebih tinggi. Bagaimanapun, yogurt rendah lemak dan gula sangat baik kerana ia ada kandungan probiotik yang sangat baik untuk manusia walaupun anda menghidap gastrisis.
3. Minuman berkafein seperti kopi kerana minuman ini tinggi kandungan asidnya. Ambil dalam jumlah kecil mungkin tidak memberi kesan buruk sebaliknya jika sudah merasakan simptom gastrisis, adalah lebih baik untuk hentikan minum kopi.
Terdapat beberapa makanan yang sangat disarankan buat mereka yang menghidap gastrisis seperti epal, makanan yang ditapai seperti yogurt, kekacang, madu, nasi putih dan banyak lagi.
.
Secara ringkasnya, masalah gastrisis boleh dirawat dengan cara pemakanan yang betul dan perlu dikawal. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor sekiranya masalah gastrisis ini menggangu kehidupan anda.
.
Sumber: Hello Doktor