Berhibur Bersama Penyanyi No.1 Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Dengan Hanya RM15? Ini Caranya!

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza adalah satu figura yang cukup dikenali ramai.

berhibur bersama penyanyi no.1 negara, dato’ sri siti nurhaliza dengan hanya rm15? ini caranya!

Menariknya anda kini berpeluang untuk berhibur bersama-sama penyanyi kesayangan ramai ini terus dari pawagam rumah anda!

 

Music of The Soul: An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza telahpun menemui penonton di Astro First bermula 2 Mac 2023 dengan hanya RM15 untuk 48 jam. Bermaksud, anda boleh layan banyak lagu dan persembahan Dato’ Sri Siti Nurhaliza tanpa henti dan tanpa gangguan untuk 48 jam berturut-turut!

berhibur bersama penyanyi no.1 negara, dato’ sri siti nurhaliza dengan hanya rm15? ini caranya!

Persembahan amal khas anjuran Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd ini telah dijayakan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 5 & 6 November 2022 di Plenary Hall, KLCC. Persembahan dua malam ini bertujuan mengisi dana Yayasan Nurjiwa bagi meneruskan misi bantuan serta mengubat rindu hampir 7 ribu orang peminat dan penonton.

 

Diiringi pemuzik yang diketuai oleh Aubrey Suwito, penonton dapat menyaksikan empat segmen dalam persembahan istimewa ini dan turut menampilkan penyanyi Dato' Awie sebagai artis undangan. Selain menyampaikan lagu solo, Dato' Awie juga berduet dua buah lagu dengan Siti termasuk sebuah lagu berentak tradisional.

berhibur bersama penyanyi no.1 negara, dato’ sri siti nurhaliza dengan hanya rm15? ini caranya!

Antara laagu yang dipersembahkan dalam Music of The Soul ini adalah seperti Diari Hatimu, Kau Kekasihku, Nian Di Hati, Ya Maulai, Beradu Di Khayalan, Bukan Cinta Biasa, Cinta Tak Berganti, Bila Harus Memilih, Melawan Kesepian dan banyak lagi.

 

Ini merupakan kali ketiga yayasan Yayasan Nurjiwa; merupakan yayasan yang diasaskan oleh Dato' Sri Khalid dan Dato' Sri Siti Nurhaliza menganjurkan persembahan amal dengan kerjasama penganjur acara, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd (2022). Kali pertama adalah Konsert Satu Dato' Siti Nurhaliza (2009), Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is (2014) dan terkini, Music Of The Soul: An Evening With Dato' Sri Siti Nurhaliza (2022).

 

Apa tunggu lagi, jom layan Music of The Soul : An Evening with Dato’ Sri Siti Nurhaliza mulai hari ini di Astro First!

Music of The Soul : An Evening with Dato’ Sri Siti Nurhaliza Kini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First.