Bentong Antara Lima Kawasan di Malaysia Catat Suhu Panas Tahap 1

Cuaca panas yang melanda Malaysia pada masa kini telah menjadi perhatian utama masyarakat. Keadaan cuaca yang panas ini turut memberi kesan yang signifikan dan memberi kesan negatif terhadap pelbagai aspek kehidupan harian.

bentong antara lima kawasan di malaysia catat suhu panas tahap 1

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), terdapat lima kawasan di Malaysia yang mencatatkan cuaca panas pada Tahap 1 iaitu kategori berjaga-jaga.

 

Bacaan suhu pada maksimum yang dikemaskini pada jam 4.30 petang, 25 Mei 2023, lima kawasan berkenaan adalah Bentong dan Raub di Pahang, Kuala Krai dan Pasir Mas di Kelantan, dan Selangau di Sarawak.

bentong antara lima kawasan di malaysia catat suhu panas tahap 1

bentong antara lima kawasan di malaysia catat suhu panas tahap 1

Berdasarkan kriteria cuaca panas, bacaan suhu pada tahap 1 adalah pada maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

 

Orang ramai dinasihatkan untuk berada di tempat yang teduh dan tidak terdedah kepada cahaya matahari untuk mengelakkan daripada terkena strok haba. Minum banyak air, gunakan perlindungan matahari, kenakan pakaian yang sesuai, dan elakkan aktiviti fizikal berat ketika musim cuaca panas ini.

 

Sumber: MET Malaysia