Belia dan Pelajar IPT Boleh Mula Daftar RM200 eBelia Rahmah Isnin Ini

Bermula Isnin, 26 Jun, golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 bagi program eBelia Rahmah.

belia dan pelajar ipt boleh mula daftar ebelia rahmah isnin ini

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), pendaftaran dibuka seawal jam 8 pagi dan proses pendaftaran serta tuntutan eBelia Rahmah adalah dari 26 Jun hingga 22 Ogos.

 

Ujar MoF, golongan belia yang layak boleh mendaftar melalui satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

 

"Kredit eBeliaRahmah dan manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet berkenaan boleh dibelanjakan secara 'offline' hingga 31 Ogos 2023," kata MoF.

 

Tambah lagi, selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai disediakan kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terbabit turut memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh program berkenaan.

 

"Kredit RM200 ini boleh dimanfaatkan di peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet terbabit dalam program ini, namun tertakluk kepada transaksi dibenarkan," kata MoF.

belia dan pelajar ipt boleh mula daftar ebelia rahmah isnin ini

Sumber: MoF