Ramai antara kita yang sanggup berbelanja sejumlah wang semata-mata mahu mendengar secara langsung penyanyi kesukaan kita membuat persembahan di depan mata.
Namun bagaimana rasanya jika kita terpaksa mendengar nyanyian daripada peminat lain yang turut bersama kita dalam konsert berkenaan?
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini selepas membelanjakan RMB3000 (kira-kira RM1,900) untuk sebuah konsert namun terpaksa mendengar nyanyian daripada ‘penyanyi tambahan’ selama tiga jam lamanya.
Menerusi media sosial Douyin, lelaki itu hadir ke konsert penyanyi yang dikenali sebagai Mayday pada Julai lalu.
“Saya membayar RMB3000 (kira-kira RM1,900 untuk persembahan ini, tetapi saya kena dengar gadis sebelah saya menyanyi selama tiga jam,” kata lelaki itu.
Menerusi video yang dikongsikan beliau, suara penyanyi asal juga sayup kedengaran kerana tenggelam akibat nyanyian kuat daripada gadis yang berada disebelahnya ketika konsert itu berlangsung.
Aksi bersahaja lelaki itu yang dilihat pasrah dengan nasib menimpa dirinya, telah mencuri perhatian warganet yang rata-rata terhibur dan bersimpati dengan apa yang berlaku.
“Orang lain bayar tiket untuk satu persembahan, anda bayar dapat dua,” demikian antara komen diterima.
Sumber: WOB