Lebih Separuh Dah Divaksin, Belanda Mansuhkan Penjarakan Fizikal

Penjarakan fizikal merupakan salah satu daripada norma baharu yang diamalkan hampir setiap negara di dunia, dalam usaha bersama mencegah penularan wabak COVID-19.

 

Namun selepas lebih separuh daripada penduduknya mendapat suntikan vaksin penuh, Belanda kini memansuhkan penjarakan fizikal bermula 25 September ini.

lebih separuh dah divaksin, belanda mansuhkan penjarakan fizikal

Pada tarikh sama, Belanda juga mewajibkan pas kesihatan COVID-19 sebelum memasuki tempat seperti restoran dan teater.

 

Menurut Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata, pemansuhan SOP penjarakan fizikal itu adalah bahagian penting untuk kelonggaran diberikan sejak ia dikuatkuasa 18 bulan yang lalu.

 

"Itulah sebabnya saya dengan gembira mengumumkan hari ini kita dapat menghapuskan jarak sejauh 1.5 meter sebagai kewajiban di mana-mana pada hari Sabtu 25 September. Sudah tentu, tetap masuk akal untuk saling memberi ruang dan 1.5 meter tetap jarak yang selamat, tetapi ia tidak lagi wajib," katanya.

 

Selain Belanda, negara lain seperti Perancis juga sudah mempunyai peraturan serupa iaitu penggunaan pas digital yang menunjukkan individu itu lengkap di vaksin, ujian saringan negatif dan pulih daripada jangkitan COVID-19, sebelum mereka dibenarkan memasuki ke tempat awam.

 

Sehingga kini, sebanyak  62 peratus penduduk Belanda dari 17.5 juta orang telah divaksinasi sepenuhnya, termasuk 77 peratus orang dewasa, menurut angka Pusat Kawalan Penyakit Eropah dari 5 September.

lebih separuh dah divaksin, belanda mansuhkan penjarakan fizikal

Jumlah angka positif COVID-19 di Belanda juga turun sebanyak 11 peratus sepanjang minggu lalu, membuatkan mereka yakin akan pelaksanaan pemansuhan norma baharu ini.

 

Sumber: [1]