Pakar Beri Amaran Dunia Kini Makin Kurang Pasir

Kita mungkin berfikir pasir terdapat di mana-mana kawasan dan pasti tidak pernah pun menjangka bahan ini akan berkurangan, hingga menjejaskan kehidupan bumi.

pakar beri amaran dunia kini makin kurang pasir
 
Menurut sekumpulan pakar, dunia kini diancam kekurangan bekalan pasir apabila hanya terdapat kurang daripada 1,000 lombong pasir dan batu kerikil di seluruh Amerika Syarikat (AS) ketika ini.
 
Kekurangan bahan mentah itu bukan sahaja menyebabkan penghasilan berbilion botol kaca vaksin COVID-19 tergendala, malah ia menyebabkan masalah pada penghasilan telefon pintar, bangunan pejabat dan bahan kaca yang lain.

pakar beri amaran dunia kini makin kurang pasir
 
Menurut Pascal Peduzzi, saintis dari Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), pasir merupakan bahan mentah yang penting selepas air kerana ia banyak digunakan bagi menghasilkan kaca, konkrit, tar dan silikon mikrocip.
 
Secara purara, sebanyak 50 bilion tan pasir digunakan setahun dan permintaan terhadap bahan mentah itu melambung tinggi untuk dua tahun akan datang untuk menghasilkan botol kaca, ekoran daripada pemintaan vaksin COVID-19 yang meningkat.
 
Menurut UNEP, ini bermakna berlaku penambahan sebanyak 300 peratus kenaikan sejak 20 tahun lalu serta memerlukan setiap sungai yang berada di planet ini selama dua tahun untuk menggantikannya.
 
“Trend ini dijangka berterusan kerana permintaan terus meningkat disebabkan kesan urbanisasi, populasi berkembang dan perkembangan infrastruktur,” katanya.
 

Sumber: The Sun