Pencemaran Bau di Sungai Selangor, Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Masih Belum Pulih

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan berkenaan status gangguan bekalan air akibat henti tugas sementara di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor.

pencemaran bau di sungai selangor, bekalan air di beberapa kawasan masih belum pulih

Sehingga jam 04:00 pagi tadi (10 Oktober 2023) keempat- empat LRA SSP1, SSP2 dan SSP3 dan LRA Rantau Panjang sudah mula beroperasi. Walaupun begitu, masih terdapat gangguan bekalan air dan tekanan air rendah di sebahagian kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Senarai kawasan sedang dikemaskini dan akan dimaklumkan pada masa yang terdekat.

 

Bantuan alternatif melalui lori tangki telah digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

pencemaran bau di sungai selangor, bekalan air di beberapa kawasan masih belum pulih

Air Selangor juga akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

 

Sumber: Air Selangor