Beijing Kecam Negara-Negara Yang Sekat Pelancong Dari China

Ekoran peningkatan kes jangkitan COVID-19 dari negara China, banyak negara kini mula mengambil pendekatan menyekat serta melakukan penyaringan ketat kepada semua pelancong yang datang daripada negara itu.

beijing kecam negara-negara yang sekat pelancong dari china

Bagaimanapun, Beijing telah mengecam pelaksanaan ini termasuklah keperluan ujian baharu COVID-19 oleh sekitar 12 negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan juga Jepun.

 

Beijing dalam pada itu turut memberi amaran akan mengambil tindak balas dalam melakukan ujian serta sekatan kepada pelancong daripada negara-negara tersebut.

 

“Sebilangan negara melaksanakan sekatan kemasukan menyasarkan pelawat China. Ini di sebalik ketiadaan asas saintifik, manakala sebilangan amalan terbabit tidak boleh diterima,” kata mereka.

 

Negara China mencatatkan peningkatan mendadak dalam bilangan kes baharu COVID-19 selepas sekatan ketat dasar sifar COVID-19 dilaksanakan selama beberapa tahun kini dilonggarkan.

beijing kecam negara-negara yang sekat pelancong dari china

Langkah menarik semula dasar sifar COVID-19 telah menyebabkan hospital dan pusat pembakaran mayat di negara itu menjadi terlampau penuh dan sesak.

 

Beijing juga telah melonggarkan beberapa arahan seperti kuarantin pada Disember lalu, menyebabkan rakyat negara itu berpusu-pusu keluar negara untuk melancong dan atas sebab lain.

 

Sumber: Kosmo!