Kerajaan negeri Selangor telah melancarkan Iltizam Anak Selangor (Anas) yang memberikan tabungan RM100 setahun kepada bayi yang lahir di Selangor.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bahawa sejumlah 7,654 bayi yang lahir di Selangor dari tahun lepas hingga Mac lepas layak menerima manfaat itu, dan Anas masih dibuka kepada lebih daripada 20,000 bayi yang layak sehingga hujung tahun ini.
Menurut beliau, setiap bayi yang memenuhi syarat akan menerima tabungan sebanyak RM100 setahun sehingga mencapai usia lima tahun. Ia akan dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime untuk membantu persediaan pendidikan di masa depan, yang mana ia hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas.
Tambah beliau, Bajet Selangor 2023 telah memperuntukkan RM3 juta untuk menjayakan Anas dengan sasaran 30,000 bayi menerima RM500. Bayi yang lahir di Selangor bermula dari tahun 2022 dan menetap di negeri ini serta merupakan warganegara boleh memohon di laman sesawang anas.yawas.com.my dengan segera.
Inisiatif ini bertujuan untuk membantu golongan ibu bapa dalam menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Diharapkan dengan adanya Anas, ia dapat membantu meningkatkan taraf hidup dan kualiti pendidikan bagi golongan masyarakat Selangor.
Sumber: Sinar Harian