329 Jangkitan, 23 Maut Akibat Batuk Kokol; Bayi Paling Ramai Dijangkiti Di Malaysia

Wabak batuk kokol atau Pertussis kini telah melanda kembali dan menjangkiti 329 individu di negara ini untuk tahun ini sehingga Sabtu lalu.

 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, daripada jumlah itu, kumpulan bayi adalah golongan paling tinggi dijangkiti.

329 jangkitan, 23 maut akibat batuk kokol; bayi paling ramai dijangkiti di malaysia

"Bayi berusia 12 bulan ke bawah adalah kumpulan umur mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 189 kes.

"Ia disusuli kanak-kanak berusia antara satu hingga 10 tahun sebanyak 94 kes dan selebihnya berusia 11 tahun ke atas," katanya.

 

Kes jangkitan mengikut mengikut negeri pula adalah seperti berikut:

 

Sabah 181 kes, Selangor (51), Kuala Lumpur dan Putrajaya (15), Pahang (13) dan Perak (13), Melaka (12) dan Negeri Sembilan (12), Johor (sembilan), Sarawak (lapan), Kelantan (tujuh), Kedah (tiga), Terengganu (tiga), Pulau Pinang dan Labuan (1).

 

Menurut Muhammad Radzi, daripada jumlah itu juga sebanyak 219 kes atau 66.6 peratus adalah warga tempatan manakala 110 kes (33.4 peratus) lagi membabitkan warga asing.

 

"Di negara ini, vaksin Pertussis diberikan kepada kanak-kanak secara rutin pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan.

"Ia diberikan dalam bentuk vaksin kombinasi enam serangkai iaitu Difteria, Tetanus, Pertussis, Polio, Hepatitis B dan Haemophilus Influenzae Type B.

"Kanak-kanak yang tercicir imunisasi boleh dibawa ke klinik kesihatan berhampiran bagi melengkapkan imunisasi mereka," katanya lagi.

 

Tambah lagi, mereka yang mempunyai gejala seperti batuk, demam dan selesema dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan etika batuk dan bersin dengan menutup mulut serta mencuci tangan bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain terutama kanak-kanak.

 

"Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala Pertussis," katanya.

329 jangkitan, 23 maut akibat batuk kokol; bayi paling ramai dijangkiti di malaysia

Sumber: Sinar Harian