Sedih, Bayi Meninggal Akibat Terkejut Dengar Bunyi Bunga Api Kuat Masa Hari Raya

Seorang bayi berusia 38 hari dilaporkan meninggal dunia akibat serangan sawan selepas terkejut dengan bunyi kuat bunga api yang dipasang di Benjeng, Gresik Indonesia pada Sabtu yang lalu.

 

Insiden ini bermula apabila seorang penduduk bernama Astunggal, yang berusia 53 tahun, memasang bunga api untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.

sedih, bayi meninggal akibat terkejut dengar bunyi bunga api kuat masa hari raya

Bayi yang baru dilahirkan dan merupakan anak jirannya diduga terkena sawan akibat bunyi kuat dari bunga api tersebut. Bayi tersebut kemudian dirawat di hospital tetapi meninggal dunia beberapa hari selepas itu.

 

Astunggal memohon maaf kepada keluarga bayi tersebut dan menceritakan bahawa beliau hanya mahu memeriahkan suasana raya dengan keluarganya pada hari pertama raya di rumah mereka.

 

Beliau juga tidak berniat untuk mengganggu jiran tetangga dan tidak menyangka insiden ini akan berlaku.

 

“Saya tiada niat untuk mengganggu jiran tetangga. Kami hanya memeriahkan suasana raya.

“Saya juga tidak sangka hal seperti ini boleh berlaku.

“Saya sedia memohon maaf kepada keluarga jiran jika mereka beri saya peluang untuk berbuat demikian,” katanya.

sedih, bayi meninggal akibat terkejut dengar bunyi bunga api kuat masa hari raya

Polis menganggarkan jarak antara rumah Astunggal dan jirannya adalah 15 hingga 20 meter. Beberapa jiran lain di kawasan sekitar turut memasang mercun dan bunga api pada hari kejadian.

 

Wakil keluarga bayi yang meninggal hanya mahu Astunggal memohon maaf secara ikhlas berhubung insiden yang berlaku.

 

Sumber: Utusan