Awas Cuaca Panas, Bayi dan Kanak-Kanak Antara Golongan Tinggi Risiko

Bayi dan kanak-kanak berusia bawah lima tahun merupakan antara golongan yang berisiko tinggi apabila terdedah kepada cuaca panas.

awas cuaca panas, bayi dan kanak-kanak antara golongan tinggi risiko

Menurut pegawai perubatan swasta, Dr Ahmad Samhan berkata, golongan lain adalah seperti warga emas berusia 65 tahun ke atas, ibu hamil dan menyusukan anak, individu aktif bersukan dan juga penghidap penyakit kronik.

 

Golongan berisiko seperti ini dinasihatkan untuk berjaga-jaga sewaktu melakukan aktiviti diluar rumah, khasnya ketika cuaca panas terik yang melanda sebahagian kawasan ketika ini untuk mengelakkan daripada terkena strok haba.

 

“Pekerja sepert petani, buruh, pelombong dan peladang sering terdedah dengan cuaca panas di luar.

“Selain itu, individu yang aktif seperti ahli sukan juga tidak terkecuali,” katanya.

awas cuaca panas, bayi dan kanak-kanak antara golongan tinggi risiko

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan cuaca panas dan kering dijangka melanda beberapa negeri utara Semenanjung, dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius.

 

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan berikut bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.

 

 

Sumber: Dr Ahmad Samhan