Liga Juara-Juara : Bayern Munich, AC Milan Ke Suku Akhir!

Bayern Munich layak ke suku akhir Liga Juara-Juara!

 

Sudah pasti ini berita buruk buat peminat PSG, sebab dengan pemain macam Lionel Messi dan Kylian Mbappe pun PSG gagal mara ke peringkat suku akhir.

liga juara-juara : bayern munich, ac milan ke suku akhir!

Bukan apa, aksi pertama sebelum ini Mbappe diturunkan sebagai pemain gantian dan memberi impak yang cukup besar.

 

Dia berjaya jaringkan 2 gol namun kedua-duanya dibatalkan oleh VAR kerana offside.

 

Dah tentu aksi timbal balik ni ramai yang jangka Mbappe akan mengamuk dan boleh bantu PSG kalahkan Bayern kan?

 

Tapi sebaliknya yang berlaku.

 

Bayern yang kalahkan PSG 2-0 untuk mara dengan agregat 3-0.

 

Lagi tak best, bekas pemain PSG iaitu Eric Choupo-Moting pulak tu yang buka jaringan untuk Bayern sebelum Serge Gnabry meledak gol kedua pada minit-minit akhir perlawanan.

 

Bayern berjaya kekalkan kemenangan dalam semua 8 perlawanan Liga Juara-Juara setakat ini.

 

Keputusan itu juga menyaksikan PSG sekali lagi tersingkir pada pusingan 16 terbaik - kali ke-5 daripada 7 kempen yang disertainya.

 

Ini juga musim kedua berturut-turut Messi gagal mara ke suku akhir Liga Juara-Juara bersama PSG. Hmm, entah-entah betul khabar angin yang cakap Messi akan join Barcelona musim depan?

 

Nasib sama menimpa Tottenham yang turut tersingkir pagi tadi.

liga juara-juara : bayern munich, ac milan ke suku akhir!

Skuad kendalian Antonio Conte itu seri tanpa jaringan dengan AC Milan.

 

Keputusan itu menyaksikan AC Milan mara ke suku akhir selepas menang 1-0 pada aksi pertama sebelum ini.

 

Spurs terpaksa tamatkan perlawanan dengan 10 pemain sebab Cristian Romero dilayangkan kad merah masa hujung-hujung perlawanan.

 

Nampaknya Spurs terpaksa akhiri semusim lagi tanpa sebarang trofi.

 

Sabarlah penyokong Spurs, bukannya tak biasa kan? Dah 15 tahun takde trofi ni sepatutnya dah biasa. Hahaha.

 

Oh, ini jugak kali pertama AC Milan pula mara ke suku akhir dalam tempoh 11 tahun!

 

Lama jugak gergasi Itali ni tidur kan?

 

Oleh: Izzati Amir