Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua Mula Dikreditkan Hari Ini, 5 April

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa dua akan mula dikreditkan ke akaun bank penerima berdaftar secara berperingkat mulai hari ini, 5 April 2023.

bayaran sumbangan tunai rahmah (str) fasa dua mula dikreditkan hari ini, 5 april

Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran STR fasa dua ini melibatkan nilai RM1.26 bilion, disalur kepada 8.7 juta penerima golongan B40.

 

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang ada akaun bank atau tiada akaun bank juga akan menerima pembayaran itu pada tarikh sama.

 

“Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai pada tarikh sama dan penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April.

“Dengan pembayaran ini, sejumlah RM2.93 bilion peruntukan STR dibayar kepada golongan B40 pada tahun 2023,” demikian menurut kenyataan itu.

 

Manakala pembayaran fasa tiga dan empat akan dilaksana mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada Julai dan November ini, dengan mengambil kira juga permohonan baharu atau kemas kini STR yang diterima semasa tempoh permohonan dan pengemaskinian.

bayaran sumbangan tunai rahmah (str) fasa dua mula dikreditkan hari ini, 5 april

Maklumat lanjut berkaitan pembayaran dan lain-lain, boleh rujuk kepada portal STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

 

Sumber: MOF