Buat anda yang membeli kereta secara pinjaman bank, pasti anda perlu membuat pembayaran secara bulanan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan.
Misalnya, RM450 untuk tempoh sembilan bulan pinjaman bank, mengikut kepada bajet masing-masing.
Namun, ada yang beranggapan dengan membuat pembayaran lebih daripada jumlah pinjaman akan memendekkan tempoh loan kerana hutang lebih cepat diselesaikan.
Adakah ia benar atau sebaliknya?
Sebenarnya, fahaman seperti ini adalah salah, seperti yang dikongsikan pengguna akaun Tiktok @ainzaabar yang merupakan seorang pakar kewangan.
Menurutnya, pinjaman untuk kenderaan adalah disebut juga sebagai hire purchase yang kebanyakkannya menggunakan fix interest rate. Ini bermaksud, segala lebihan bayaran bulanan hanya akan dikira sebagai advance payment, dan ia tidak langsung memendekkan tempoh loan.
Bagaimanapun, untuk menyelesaikan hutang pinjaman dengan cepat, individu itu boleh membuat pembayaran penuh yang mana ia dapat menyelesaikan hutang dengan masa singkat, bahkan berpeluang mendapatkan rebat daripada bank. Namun, jumlah rebat yang diberi adalah berbeza mengikut tempoh pinjaman, kadar faedah, dan jumlah ansuran bank yang telah dibayar.
Justeru, adalah lebih baik untuk anda menyimpan lebihan bayaran pinjaman kenderaan ini di akaun lain secara konsisten dan menggunakan wang terkumpul untuk membuat bayaran penuh kepada pihak bank.
Sumber: Tiktok