''Bawalah Anak Keluar, Biar Kena Cahaya Matahari..''- Pakar

Ramai antara kita yang mungkin lebih gemar duduk dalam rumah sambil ditiup kipas mahupun air-cond dan tidak tahan untuk berada dibawah sinaran cahaya matahari.

''bawalah anak keluar, biar kena cahaya matahari..''- pakar

Bukan sahaja kepada orang dewasa, malah kanak-kanak juga sering dielakkan daripada terkena cahaya matahari oleh ibu dan bapa, mungkin risau perkara buruk berlaku kepada anak mereka.

 

Bagaimanapun, cahaya matahari bukanlah seburuk yang disangka kerana ia mempunyai banyak kesan baik, khasnya kepada kanak-kanak.

''bawalah anak keluar, biar kena cahaya matahari..''- pakar

Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, mendedahkan anak dengan cahaya matahari terus pada kulit amat baik untuk bekalan vitamin D yang baik untuk perkembangan anak.

 

“Tak perlu lama, 30 minit setiap hari pun dah cukup!

“Ajar anak-anak dari sekarang, untuk suka berjemur bawah cahaya matahari. 1/8 dari penduduk dunia, ada masalah kekurangan vitamin D sebenarnya.

“Cuma kita saja tak tahu, sebab tak pernah buat pemeriksaan darah untuk bacaan Vitamin D.

“Suka terperap dalam rumah. Pergi kerja matahari tak naik lagi. Balik kerja pulak matahari dah nak jatuh. Panas sikit tak boleh. Ini yang kebanyakkan kita buat, kan?

''bawalah anak keluar, biar kena cahaya matahari..''- pakar

“Sumber utama Vitamin D dari cahaya matahari. Vitamin D ni penting untuk sumber tenaga, kuatkan tulang, dan juga tingkatkan imuniti badan.

“Cuba sedaya mungkin biasakan diri kita, dan ajar anak-anak untuk berjemur dengan cahaya matahari sekurangnya 30 minit setiap hari.

“Kalau ada dalam kereta, atau dalam rumah, atau dalam ofis, yang tertutup dengan cermin, itu tak dikira tau.

 

“Sebab cahaya matahari tak dapat nak tembus cermin. Kena juga dapatkan cahaya direct terus di luar, okey?

 

“Sumber makanan yang ada vitamin D pun banyak. Antaranya:

1. Ikan yang banyak lemak contoh salmon, sardin, tuna, kembung

2. Cendawan

3. Kuning telur

4. Minyak ikan kod

 

“Boleh juga buat pemeriksaan tahap Vitamin D dalam badan. Kalau rendah sangat, cuba ambil suplemen untuk tinggikan balik bacaan Vitamin D kita.

 

“Untuk anak-anak, biarkan mereka berjemur selalu dan banyakkan beri mereka makan ikan.

“Insya-Allah, mudah-mudahan imuniti mereka kuat asbab daripada Vitamin D yang cukup dalam badan. Sama-sama kita cuba ya..”

 

Sumber: [1]