Sayu Lihat Bapa Sanggup Tolak Stroller Anak OKU Sempena Hari Sukan Sekolah [Video]

Baru-baru ini, tular satu klip video yang dikongsikan menerusi media sosial Tiktok, menunjukkan seorang bapa yang sanggup menolak stroller anaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU bagi menyertai acara larian.

sayu lihat bapa sanggup tolak stroller anak oku sempena hari sukan sekolah [video]

Video tersebut yang meruntun hati ramai warganet jelas memperlihatkan bapa tersebut sanggup sama-sama berlari menolak stroller dalam acara larian sehingga ke garisan penamat.

 

Meskipun tidak memenangi acara terbabit, namun semangat bapa itu amat dikagumi dan kelihatan penonton serta guru yang menyaksikan acara berkenaan sama-sama bersorak memberikan kata-kata semangat.

sayu lihat bapa sanggup tolak stroller anak oku sempena hari sukan sekolah [video]

“Kasih sayang seorang ayah yang sanggup lari sekali sambil tolak anak kesayangan semasa hari sukan. Superhero yang sebenar,” tulis hantaran pada klip video tersebut.

 

@purtek27 Kasih Sayang Seorang Ayah Kepada Anaknya 🥹, Ambil Masa Kerja Sekejap Untuk Teman Anak Untuk Hari Sukan Sekolah Anak #anakistimewa ♥️ #kasihsayangayah ♥️ #BagiSemangat ♬ original sound - xxme7xx - netballfans

 

Difahamkan acara larian itu adalah bersempena dengan Hari Sukan di Sekolah Rendah Besout 1, Perak, namun tidak pula dinyatakan tarikh sebenar ketika klip video itu dirakam.

 

Sumber: Tiktok @purtek27