Bapa Saman Sekolah RM4.1 Juta Kerana Potong Rambut Tanpa Izin

Gara-gara bertindak memotong rambut anak perempuannya tanpa izin, seorang bapa bertindak mengambil tindakan undang-undang keatas kakitangan sebuah sekolah di Michigan, Amerika Syarikat (AS).

 

Jimmy Hoffmeyer mengemukakan tuntuan AS$1 juta (RM4.1 juta) terhadap Mount Pleasant Public Schools, seorang pustakawan dan pembantu guru pada Selasa lalu.

 

Tuntutan itu dibuat selepas mengambil kira dakwaan diskriminasi kaum, menimbulkan ketakutan etnik dan juga melanggar hak Perlembagaan anak perempuannya yang baru berusia 7 tahun.

bapa saman sekolah rm4.1 juta kerana potong rambut tanpa izin

Kejadian berlaku selepas anaknya, Jurnee, harus mendapatkan gaya rambut yang tidak simetri selepas rakan sekelasnya bertindak memotong satu sisi rambutnya sebanyak beberapa inci.

 

Beberapa hari kemudian, anaknya itu pulang ke rumah dengan potongan rambut berbeza yang didakwa dilakukan oleh pekerja sekolah tersebut.

bapa saman sekolah rm4.1 juta kerana potong rambut tanpa izin

“Defendan gagal melatih, memantau, mengarah, mendisiplinkan serta mengawasi pekerjanya dengan baik.

“Dan mengetahui atau seharusnya mengetahui bahawa para pekerja akan terlibat dengan aduan yang dikemukakan kerana wujudnya latihan, adat, prosedur dan kebijaksanaan yang tidak tepat serta kekurangan disiplin yang ada untuk pekerja,” kata tuntutan itu.

 

Bagaimanapun menurut pihak sekolah pula, pelajar itu meminta seorang pekerja perpustakaan memperbaiki rambutnya selepas tidak berpuas hati rambutnya itu dipotong murid lain. Maka, pihak sekolah menyatakan bahawa saman yang dituntut adalah berat sebelah.

 

“Kami akan mempertahankan secara agresif terhadap tuduhan tidak berasas ini di mahkamah dan sama sekali tidak akan mengalihkan perhatian kami mengenai misi untuk menyediakan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan bertaraf dunia bagi mempersiapkan diri mereka untuk kuliah dan kerjaya,” kata sekolah itu.

 

Sumber: People