Tak Tahan Dengar Anak Nangis Masa Tidur, Bapa Pukul Lengan Sampai Kena Potong

Seorang bayi berusia dua bulan terpaksa dipotong sebelah lengannya selepas dipercayai menjadi mangsa dera bapanya sendiri.

tak tahan dengar anak nangis masa tidur, bapa pukul lengan sampai kena potong

Bayi ini dikatakan telah dipukul dengan penyangkut baju plastik selepas tangisannya menggangu tidur bapanya itu.

 

Kejadian berlaku di Nigeria selepas lelaki yang juga bapa kepada bayi itu menyerang anaknya kerana tidak tahan mendengar tangisannya.

 

Lengan bayi itu telah dipukul sekuat hati tanpa belas kasihan ketika ibu bayi ini sedang keluar sebentar.

 

Ibu mangsa yang pulang tidak lama kemudian mendapati lengan anak kecil itu membengkak, kebiruan dan tulangnya patah.

 

“Apabila menyedari dia telah mematahkan tangan anak kami, dia cuba menggunakan kayu dan gelang getah untuk ‘mengikat’ tulang yang patah itu.

“Saya memarahinya tetapi dia terus mengurung kami di dalam bilik untuk menghalang saya daripada memberitahu sesiapa tentang perbuatan jahatnya itu. Dia juga merampas telefon bimbit saya supaya saya tidak boleh menghubungi jiran-jiran untuk meminta tolong,” kata isteri kepada lelaki tersebut.

 

Wanita itu kemudian membawa bayinya ke hospital dan membuat laporan polis atas tindakan kejam suaminya itu.

 

Doktor yang menerima kes itu bagaimanapun tidak dapat menyelamatkan lengan anak kecil ini dan terpaksa memotongnya demi menyelamatkan nyawa.

tak tahan dengar anak nangis masa tidur, bapa pukul lengan sampai kena potong

Bapa kepada anak itu juga telah melarikan diri daripada pihak berkuasa.

 

Sumber: Utusan