Bapa Dipukul Dengan Kerusi Akibat Tegur Anak Baca Doa Buka Puasa Laju

Seorang bapa cedera akibat dipukul dengan kerusi makan selepas menegur anaknya yang membaca doa makan terlalu laju ketika berbuka puasa.

bapa dipukul dengan kerusi akibat tegur anak baca doa buka puasa laju

Kejadian berlaku di Kajang pada Jumaat, 24 Mac pada jam 7.45 malam ketika mangsa berusia 63 tahun sedang berbuka puasa dengan anak lelakinya berusia 34 tahun dan ahli keluarga lain di rumah mereka.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata, suspek berang apabila bapanya menegur dia membaca doa makan terlalu laju ketika mereka sekeluarga mahu berbuka puasa di rumah mereka.

 

Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudian menghayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa hingga patah kaki kerusi. Salah seorang anak mangsa kemudian meleraikan pergaduhan itu dan menghubungi pihak polis.

 

Suspek kemudian telah ditangkap dan polis turut merampas barang kes iaitu kerusi meja makan yang digunakan untuk memukul mangsa.

bapa dipukul dengan kerusi akibat tegur anak baca doa buka puasa laju

Akibat daripada insiden itu, mangsa mengalami kecederaan pada dahi dan tapak tangan kanan.

 

Kes juga telah disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan / 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017 dimana jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tempoh boleh sampai setahun atau denda yang boleh sampai dua ribu ringgit atau dengan kedua-duanya.

 

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang dan direman selama tiga hari hingga 27 Mac.

 

Sumber: BH