Varian COVID-19 Omicron dilaporkan telah mengancam 20 negara di Asia, dengan menyaksikan kes jangkitan dan kematian kini semakin melonjak tinggi.
Malaysia, misalnya menyaksikan peningkatan mendadak akibat varian itu dengan kes jangkitan mencecah 11,034 kes pada 8 Februari 2022.
Malah, negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura masing-masing turut mencatatkan peningkatan kes mendadak sejak akhir-akhir ini.
Menurut pensyarah Universiti Chulalongkorn, Thira Woratanarat berkata, sebanyak 90.11 peratus kes jangkitan baharu dan 80.64 peratus kematian di Asia, Eropah dan Amerika Utara adalah disebabkan varian Omicron.
Katanya, Omicron telah menyumbang sebanyak 52.43 peratus kes jangkitan baharu dan 29.43 peratus kematian di Eropah.
“Biarpun Omicron mula reda dibanyak tempat, varian itu mula mengancam Amerika Selatan, Ocenia dan Asia.
“Sebanyak 20 negara Asia termasuk Thailand merekodkan lonjakan kes akibat Omicron dan kematian,” katanya seperti yang dilapor Nation Thailand.
Katanya lagi, pendapat bahawa Omicron adalah tidak bahaya jika dibandingkan dengan Delta perlu dibuang jauh kerana persepsi itu akan menyebabkan masyarakat tidak peka dan ambil remeh akan jangkitan wabak ini.
Jelasnya lagi, apa jua varian COVID-19 sudah pastu memberi kesan dalam kehidupan masyarakat.
Sumber: [1]