Banyak Laluan Sekitar Kuala Lumpur Akan Ditutup Sabtu, Ahad Ini

Beberapa laluan sekitar ibu negara akan ditutup pada Sabtu dan Ahad (30/9 & 1/10) bagi memberi laluan kepada dua acara antarabangsa yang akan diadakan.

banyak laluan sekitar kuala lumpur akan ditutup sabtu, ahad ini

Dua acara itu adalah Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 yang dijangka disertai 25,000 peserta dan Le Tour De Langkawi (LTdl) yang akan berakhir di KLCC pada Ahad.

 

Untuk itu, laluan yang terlibat dalam acara berkenaan akan ditutup bermula 12 tengah malam sehingga 11 pagi.

 

Bagi acara KLSCM pada 30 September, 12 jalan ditutup melibatkan Jalan Raja Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang arah pusat bandar, Jalan P Ramlee, Jalan Kuching menuju bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen kedua-dua arah, Jalan Kinabalu menuju bulatan Dato Onn, Jalan Cenderawasih ke Jalan Lembah dan bulatan Hishamuddin ke Jalan Raja.

 

Pada Sabtu, sembilan lagi laluan yang akan ditutup sempena LTdl adalah Jalan Jelatek ke Jalan Ampang menuju pusat bandar dan ke arah Jalan Kampung Pandan serta laluan ke arah pusat bandar Ampang.

 

Manakala pada Ahad, 29 laluan akan ditutup, antaranya Jalan Raja Dataran Merdeka, bulatan Dato Onn ke Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) ke Jalan Tun Perak, Jalan Tun Perak ke bulatan Dato Onn, Jalan TAR dan dari Chow Kit ke Dataran Merdeka.

 

"Turut ditutup, Jalan Raja Laut ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching ke Jalan Sultan Ismail dari arah utara dan selatan, Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Sentul ke Jalan TAR - Jalan TAR dari Bulatan Pahang - Jalan Raja Muda Abdul Aziz, dan dari Chow Kit ke persimpangan Jalan Raja Abdullah.

"Selain itu, Jalan Raja Abdullah kedua-dua hala sehingga ke sepanjang Jalan Sultan Ismail, Jalan P Ramlee ke Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang dari arah Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang," demikian menurut kenyataan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid

banyak laluan sekitar kuala lumpur akan ditutup sabtu, ahad ini

Sumber: Facebook Polis KL