Banjir Teruk, TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Kawasan Kota Tinggi

Susulan daripada banjir yang melanda, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan elektrik di 33 lokasi sekitar daerah Kota Tinggi yang terjejas teruk.

banjir teruk, tnb tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan kota tinggi

Bagaimanapun, setakat jam 8 malam tadi, bekalan elektrik di lima lokasi di Kota Tinggi dan tiga lokasi di Johor Bahru telah pulih sepenuhnya.

 

"Sebelum ini, Kampung Paya Kenangan, Taman Ulam Raja dan Sekolah Kebangsaan (SK) Maju Jaya di Johor Bahru telah ditutup bekalan elektrik, namun telah dipulihkan sepenuhnya pada petang tadi,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

 

Menurut TNB dalam satu kenyataan, beberapa lagi kawasan masih belum pulih, susulan penutupan bekalan elektrik ini. Antaranya seperti Bazar Kota Tinggi, Wisma Panti, Taman Medan Indah, Taman Ria, Pekan Rabu dan Taman Aman di Kota Tinggi, Johor.

banjir teruk, tnb tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan kota tinggi

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan pepasangan elektrik yang terendam dalam banjir, kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus elektrik.

 

Sumber: Astro AWANI