Dah Seminggu Banjir di Changkat Jong Tak Surut, Penduduk Terpaksa Guna Sampan Redah Air

Bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia telah menyebabkan ramai penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

dah seminggu banjir di changkat jong tak surut, penduduk terpaksa guna sampan redah air

Setakat 8.30 malam, 8 November 2023, seramai 1,250 mangsa dicatatkan di 14 PPS seluruh negara.

 

Antara kawasan yang terjejas adalah di Changkat Jong, Teluk Intan di Perak yang telah masuk seminggu lebih penduduknya berdepan dengan bencana banjir.

 

Menurut seorang penduduk, mereka terpaksa menggunakan sampan untuk meredah banjir bagi melihat keadaan rumah yang dinaiki air sejak seminggu lalu.

dah seminggu banjir di changkat jong tak surut, penduduk terpaksa guna sampan redah air

“Setiap hari saya bawa isteri naik sampan ke rumah kami, kami nak pastikan keadaan air naik lagi atau tidak, nak tengok keadaan barang-barang rumah, risau jika ada apa-apa yang masuk dalam rumah.

“Saya bawa keluarga tinggal di rumah anak saya di atas bukit di Batu, di situ lebih selamat. Bukan tidak mahu dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tapi pada saya biarlah orang lain yang lebih layak, lagipun agak ramai mangsa di PPS Padang Tembak,” kata Abdul Rahman Roslan, salah seorang mangsa banjir di kawasan Batu 8 Changkat Jong.

 

Tambah beliau, kawasan itu mudah dinaiki air dari Sungai Sungkai dan Sungai Bidor terutamanya ketika musim hujan.

 

Di Perak, jumlah mangsa banjir dilapor terus meningkat dengan 458 orang daripada 139 keluarga ditempatkan di empat PPS.

 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan 162 mangsa daripada 50 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, manakala di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan menempatkan seramai 142 orang daripada 46 keluarga.

 

Sumber: Astro AWANI / Utusan