Bali Isytihar Darurat Selama Dua Minggu Bermula 1 November

Bali telah diisytiharkan darurat selama dua minggu akibat daripada kemarau dan kebakaran yang teruk.

bali isytihar darurat selama dua minggu bermula 1 november

Menurut Pemangku Gabenor Bali, SM Mahendra Jaya, keputusan itu dibuat berikutan kemarau panjang dan banyak kebakaran tanah serta hutan.

 

Arahan darurat itu berkuatkuasa 1 November dan boleh dilanjut atau dipendekkan mengikut kepada keperluan, membabitkan semua daerah dan bandar di seluruh wilayah itu, termasuk Denpasar, Badung, Bangli, Buleleng, Gianyar, Jembrana, Karangasem, Klungkung dan Tabanan.

 

Status kecemasan yang diisytiharkan adalah bagi memudahkan akses untuk penempatan sumber manusia, peralatan dan logistik lain untuk misi bencana.

bali isytihar darurat selama dua minggu bermula 1 november

Bencana kemarau yang melanda pulau peranginan itu sejak Julai telah menyebabkan sekurangnya 113 kampung tradisional menghadapi krisis air bersih.

 

Pihak berkuasa tempatan bertungkus lumus memadam kebakaran termasuk di dua tapak perlupusan sampah yang turut terbakar.

 

Kerajaan Indonesia mengerakkan lebih banyak pesawat bagi membantu memadam kebakaran di samping operasi pembenihan awan di sekitar pulau itu.

 

Sumber: Astro AWANI