Bali Dibuka Kepada Pelancong Antarabangsa Mulai Minggu Depan

Indonesia akan membuka kembali pulau peranginan terkenal iaitu Bali, kepada pelancong antarabangsa bermula minggu hadapan.

bali dibuka kepada pelancong antarabangsa mulai minggu depan

Langkah itu dibuat berikutan Bali adalah antara sumber pendapatan utama pelancongan di republik itu.

 

Bermula 14 Oktober, Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali akan dibuka kepada pelancong dari Korea Selatan, China, Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Dubai, dan New Zealand.

bali dibuka kepada pelancong antarabangsa mulai minggu depan

"Lapangan terbang Ngurah Rai di Bali akan dibuka di peringkat antarabangsa pada 14 Oktober 2021, tetapi pelancong perlu memenuhi kriteria dan syarat mengenai kuarantin, ujian COVID-19," kata Menteri Maritim dan Pelaburan, Luhut Panjaitan.

 

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan pembukaan itu khas buat pelancong yang mahu mengunjungi pulau itu atau hanya kebenaran mereka yang tinggal secara tetap di sana.

 

Semua pelancong ke Bali juga perlu menunjukkan bukti hotel yang ditempah untuk proses kuarantin sekurangnya 8 hari dengan perbelanjaan sendiri.

 

Sumber: [1]