Bale Kembali Jaringkan Gol untuk Real

bale kembali jaringkan gol untuk real

Real Madrid gagal kekalkan rekod kemenangan 100% dalam saingan La Liga musim ini. Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu sekadar seri 3-3 dengan Levante. Anak buah Ancelotti bangkit daripada ketinggalan 2 kali untuk menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, Vinicius Junior.

bale kembali jaringkan gol untuk real

Ketepikan rekod kemenangan Real dan 2 jaringan Vinicius, kita nak berbicara tentang Gareth Bale! Dia menerima hantaran daripada Karim Benzema sebelum merembat masuk untuk gol pertama Real pada perlawanan tersebut. Tahukah anda, ini merupakan jaringan pertama Bale dalam saingan La Liga sejak 2019?

bale kembali jaringkan gol untuk real

Bale pernah bantu Real menjulang 4 trofi Liga Juara-Juara dalam tempoh 5 tahun bermula 2014 sehingga 2018. Namun dia kemudiannya kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Los Blancos. Kapten pasukan kebangsaan Wales itu kerap dikaitkan dengan perpindahan terutamanya ketika Zinedine Zidane mengendalikan pasukan tersebut.

bale kembali jaringkan gol untuk real

Selepas menghabiskan musim lalu dengan bekas pasukannya, Tottenham secara pinjaman, semangat lama Bale seakan-akan kembali. Semangat yang membuatkan Real membayar 86 juta pound untuk dapatkan khidmatnya daripada Tottenham. Penyokong Real yang sebelum ini antara pengkritik hebat Bale memberi kata-kata pujian kepada penyerang itu hanya ekoran jaringan dan persembahannya berdepan Levante.

bale kembali jaringkan gol untuk real

Bale yang berusia 32 tahun, mungkin mampu kembali kepada prestasi terbaiknya musim ini. Ini kerana dia bergandingan semula dengan Ancelotti yang pernah mengendalikan Real pada 2013 hingga 2015. Dalam tempoh itu, Ancelotti membimbing Real menjulang 4 trofi iaitu Copa del Rey, Liga Juara-Juara, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab.

 

Oleh: Karami Kamel