Bajet 2024: Kadar Maksimum Sumbangan Tunai Rahmah Meningkat Kepada RM3,700

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat.

bajet 2024: kadar maksimum sumbangan tunai rahmah meningkat kepada rm3,700

Antara yang dibentangkan adalah berkenaan Sumbangan Tunai Rakyat (STR) & Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

 

Ujar Perdana Menteri, beliau mendengar keluhan majoriti rakyat yang berdepan dengan cabaran kos sara hidup dan juga kenaikan barangan.

 

Justeru, pihak Kerajaan akan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

 

Bermula tahun hadapan:

 

1. Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

2. Peruntukan STR meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.

3. Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.

4. Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.

bajet 2024: kadar maksimum sumbangan tunai rahmah meningkat kepada rm3,700

Dalam pembentangan itu, bayaran pertama STR tahun 2024 akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 yang akan disalurkan sebelum Ramadan tahun hadapan.

 

“Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada 500 ringgit yang insya-Allah akan disalurkan sebelum Ramadan,” ujar beliau.

 

Tambahnya lagi, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam myKad 200 ribu penerima STR sebanyak 100 ringgit sebulan untuk tempoh enam bulan. Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad.

bajet 2024: kadar maksimum sumbangan tunai rahmah meningkat kepada rm3,700

Untuk info, ini adalah belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.