Pakar Beri Amaran Bahaya Tabiat Berus Gigi Lepas Makan

Seorang pakar pergigian, Dr Richard Marques memberi amaran tentang bahayanya tabiat memberus gigi selepas menikmati sarapan kerana ia boleh menyebabkan gigi rosak.

pakar beri amaran bahaya tabiat berus gigi lepas makan

Beliau yang juga pengasas Dr. Richard Clinic di London berkata, tabiat itu juga boleh menghilangkan warna putih berkilau gigi dan ia bukanlah satu tindakan yang bagus.

 

Katanya, enamel yang ada disekeliling gigi akan lemah seketik selepas makan disebabkan kehadira asid dalam makanan. Jadi, jika seseorang itu memberus gigi sejurus selepas makan, enamel itu akan rosak.

pakar beri amaran bahaya tabiat berus gigi lepas makan

Tambahnya lagi, apabila enamel gigi rosak, keadaan itu akan menyebabkan gigi menjadi sensitif kerana tiada pelindung yang melindungi gigi. Enamel gigi juga tidak boleh dikembalikan atau ditukar ganti.

 

Dr Marques berkata, tak kira sama ada sebelum atau selepas makan, perkara penting bagi memberus gigi adalah tempoh masa yang diperuntukan di antara aktiviti tersebut. Misalnya, anda perlu menunggu sekurangnya 30 minit selepas makan untuk memberus gigi, atau 10 minit sebelum makan.

 

Ia penting bagi memastikan bahan yang ada dalam ubat gigi mampu menjaga gigi dan gusi dengan sebaiknya.

 

Tambahnya, adalah mencukupi untuk berkumur dengan air bagi menghilangkan sisa makanan pada gigi, berbanding tabiat memberus gigi selepas makan.

 

Sumber: [1]