Ahli Seawal Usia 13 Tahun, Baby Monster Dijangka Saingan BLACKPINK

Kumpulan K-pop wanita baharu, Baby Monster kini telah diperkenalkan kepada umum oleh label muzik, YG Entertainment.

ahli seawal usia 13 tahun, baby monster dijangka saingan blackpink

Kumpulan tersebut secara rasmi telah diperkenalkan di semua platform media sosial seperti Tiktok, YouTube, Instagram, Facebook dan Twitter.

 

YG Entertainment mula memberi gambaran kemunculan bakat baharu selepas mereka memperkenalkan setiap ahli kumpulan tersebut beberapa minggu lalu.

Turut dikenali sebagai Baemon, ia adalah kumpulan dengan tujuh ahli dari Korea Selatan, Thailand dan Jepun, berusia 13 hingga 20 tahun, iaitu Haram, 15; Ahyeon, 15; Rora, 14; Chiquita, 13, Pharita; 17, Asa; 16, dan Ruka berusia 20 tahun.

 

Bagaimanapun tarikh rasmi pelancaran single pertama kumpulan itu masih belum diumumkan.

 

Sumber: Utusan