Azizulhasni Awang Dinobat Olahragawan Kebangsaan Kali Ke-5!

Anugerah Sukan Negara 2021 berlangsung dengan meriah semalam. 

Majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Dalam ucapan beliau, Kementerian Belia Dan Sukan, Majlis Olimpik Malaysia dan barisan atlet diberi cabaran supaya bawa pulang pingat emas pertama pada Olimpik Paris 2024. 

azizulhasni awang dinobat olahragawan kebangsaan kali ke-5!

Datuk Seri Anwar turut berkongsi yang beliau kagum dengan kepimpinan bekas ketua jurulartih Manchester United, Alex Ferguson ketika mengendalikan kelab itu sebelum ini. 

Oooo penyokong MU rupanye Perdana Menteri kita ni hehehe.. 

Dalam majlis itu, Datuk Azizulhasni Awang raih gelaran Olahragawan Kebangsaan.  

azizulhasni awang dinobat olahragawan kebangsaan kali ke-5!

Beliau sekaligus cipta sejarah sebagai atlet lelaki pertama negara yang raih anugerah tersebut sebanyak 5 kali! 

Sebelum ni, The Pocket Rocketman muncul Olahragawan Kebangsaan pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/2020. 

Azizulhasni jadi pilihan selepas raih pingat perak acara keirin pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.  

Beliau juga memenangi pingat perak bagi acara keirin pada Kejohanan Victoria 2021 di Australia. 

Gelaran Olahragawati Kebangsaan pula jadi milik ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong. 

azizulhasni awang dinobat olahragawan kebangsaan kali ke-5!

Bagi kategori paralimpik, Bonnie Bunyau Gustin dinobat Olahragawan manakala Olahragawati milik Brenda Anellia Larry. 

Skuad boling wanita muncul Pasukan Wanita Terbaik manakala beregu lelaki, Aaron Chia/Soh Wooi Yik bergelar Pasukan Lelaki Terbaik. 

Tahniah buat semua pemenang! 

 

Oleh Izzati Amir