Awas Trend Baru Tiktok, Ramai Kanak-Kanak Cedera Makan Gula-Gula “Nafas Naga”

Lebih 20 orang kanak-kanak telah dilaporkan cedera di Indonesia selepas mengambil bahagian dalam trend TikTok di mana mereka dirakamkan memakan makanan ringan jalanan yang direndam dengan nitrogen cecair, dikenali sebagai gula-gula "nafas naga".

awas trend baru tiktok, ramai kanak-kanak cedera makan gula-gula “nafas naga”

Disebut juga sebagai ‘chiki ngebul’, makanan itu adalah sangat membahaya jika dimakan kerana ia boleh menyebabkan perut melecur dan juga mengalami keracunan.

 

Dalam satu laporan, sekurangnya 25 orang kanak-kanak telah cedera selepas menyahut cabaran trend Tiktok ini.

awas trend baru tiktok, ramai kanak-kanak cedera makan gula-gula “nafas naga”

Ekoran itu, kerajaan Indonesia telah memberi amaran tentang bahaya menggunakan nitrogen cecair dalam makanan sedia untuk dimakan dan menggesa orang ramai agar lebih berhati-hati.

 

Menurut Dr Dicky Budiman, seorang doktor Indonesia dan penyelidik keselamatan kesihatan global di Universiti Griffith berkata, cecair nitrogen boleh menyebabkan kematian jika dimakan.

 

@safeerapoetry Balas @fia5654 Ada yang pernah nyoba? Perih gak sih? 🥺 #safirakus #jajananbandung #chikingebul #lengkongkecil #menuviral #serunyaditiktok #jajanantiktok ♬ mario sound - mandycap

 

Trend memakan chiki ngebul kini tular di Tiktok negara jiran dengan menunjukkan beberapa remaja memakan gula-gula itu sambil menghembuskan asap keluar dari mulut mereka. Gula-gula itu juga mudah didapati di gerai tepi jalan dan dijual dengan harga murah.

 

Tidak dapat dipastikan sama ada trend ini sudah berada di Malaysia atau sebaliknya, namun yang penting jangan membahayakan kesihatan anda untuk perkara yang tidak berfaedah seperti ini.

 

Sumber: The Guardian / Tiktok