Jangan Kongsi Maklumat Peribadi, Awas Taktik Scammer Menyamar Jadi Pihak Berkuasa

Isu penipuan atau scammer semakin menjadi-jadi dalam masyarakat kita pada masa kini.

jangan kongsi maklumat peribadi, awas taktik scammer menyamar jadi pihak berkuasa

Dengan kemajuan teknologi, scammer mampu menggunakan pelbagai kaedah untuk menipu mangsa mereka, seringkali dengan cara yang sangat licik dan sukar dikesan.

 

Terbaharu, satu taktik scammer dikesan bila mana mereka menipu dengan menyamar sebagai pihak berkuasa sebelum meminta maklumat peribadi mangsa.

jangan kongsi maklumat peribadi, awas taktik scammer menyamar jadi pihak berkuasa

Modus operandi adalah bila mana scammer mendakwa mangsa terbabit dengan satu-satu kes jenayah, menyebabkan mangsa panik lalu berkongsikan maklumat peribadi seperti kad pengenalan, butiran bank dan kod OTP atau TAC pada telefon bimbit.

 

Antara lain, mangsa kononnya diberikan satu pautan kepada laman sesawang palsu dan scammer berjaya mendapatkan ID pengguna, kata laluan serta maklumat lain dalam sekelip mata.

jangan kongsi maklumat peribadi, awas taktik scammer menyamar jadi pihak berkuasa

Jika anda menjadi mangsa kepada scammer seperti ini, hubungi talian kecemasan 997 untuk melaporkan.

 

Sumber: Majlis Keselamatan Negara