Buat mereka yang memandu menggunakan lebuhraya, pernahkah anda mengalami keadaan bilamana anda terlelap seketika, dalam 1 hingga 30 saat?
Jika YA, anda baru sahaja mengalami ‘microsleep’.
Microsleep terjadi apabila segala input daripada deria pendengaran dan penglihatan tidak dapat diproses oleh otak. Selalunya ia berlaku dalam masa 1 hingga 30 saat. Ia biasanya terjadi ketika sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri, keluarga dan orang ramai.
Microsleep juga sering terjadi sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.
Simptom-simptom microsleep
- Tersengguk-sengguk
- Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
- Mata terkebil-kebil
- Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
- Tak boleh nak fokus
Faktor berlakunya microsleep
Paling utama berlakunya microsleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.
Jika anda mempunyai simptom seperti diatas, pastikan anda berehat terlebih dahulu dimana-mana hentian yang selamat. Nak cepat-cepat pun nak kemana kan?
Sumber: Polis Johor / Public Health Malaysia