Awas, Aksesori Anti-5G Ada Bahan Radiasi Berbahaya!

Pelbagai cara dilakukan kumpulan konspirasi yang mengaitkan teknologi 5G dengan pemberian vaksin COVID-19.

awas, aksesori anti-5g ada bahan radiasi berbahaya!

Disebabkan itulah, ada mereka yang cuba menafikan 5G dengan memakai kalung yang didakwa mampu ‘melindungi’ manusia daripada gelombang ini.

awas, aksesori anti-5g ada bahan radiasi berbahaya!

Bagaimanapun, kalung dan aksesori anti-5G ini didapati mengandungi bahan radioaktif yang sangat membahayakan si pemakainya.

awas, aksesori anti-5g ada bahan radiasi berbahaya!

Perkara itu didedahkan pihak berkuasa Belanda selepas sepuluh produk seumpamanya didapati mengeluarkan sinaran berbahaya.

 

Menurutnya lagi, 5G adalah tidak berbahaya kepada kesihatan dan pada asasnya, gelombang radio 5G tidak berbeza daripada isyarat 3G dan 4G sedia ada.

 

Produk anti 5G yang dikenalpasti mempunyai bahan radioaktif itu adalah melibatkan pelitup muka, gelang dan rantai. Jualannya juga telah diarahkan untuk dihentikan serta-merta.

awas, aksesori anti-5g ada bahan radiasi berbahaya!

Terdahulu, Piawaian Dagangan Britain berusaha menghentikan penjualan batang USB berharga £339 (RM1892.70) yang didakwa menawarkan ‘perlindungan’ terhadap isyarat  5G. Alat yang dipanggil ‘pelekat anti-radiasi’ juga telah dijual di syarikat Amazon.

 

Sumber: [1]