Pencemaran Udara Menurun Akibat COVID-19

pencemaran udara menurun akibat covid-19

Wabak novel Koronavirus atau COVID-19 yang mula tular China telah menyerang lebih 100,000 manusia di seluruh dunia. Bilangan kematian pula sudah mencecah 3000 kes di seluruh dunia. Memang sangat menakutkan.

Bagaimanapun, terdapat sisi positif yang manusia peroleh daripada penularan wabak ini. Antaranya, kadar pencemaran udara terutama di China telah menurun sehingga awan biru jelas kelihatan, berdasarkan laporan NASA.

Menurut NASA, kadar nitrogen dioxide yang berpunca daripada bahan bakar fosil menurun sebanyak 30 peratus. Penurunan itu terjadi apabila beberapa wilayah China telah menyekat kemasukan kereta dan lori di atas jalan raya, kapal terbang di udara.

Jadi, jika difikirkan apakah manusia ini sebenarnya virus? Ayooo, sama-sama kita fikirkan!

Sumber: Al Jazeera