Tontonan Percuma Untuk Enam Saluran Terpilih di Astro Hingga 31 Mac 2024

Berita baik buat semua pelanggan Astro!

 

Astro mengumumkan penawaran tontonan percuma untuk enam saluran terpilih sehingga 31 Mac 2024.

tontonan percuma untuk enam saluran terpilih di astro hingga 31 mac 2024

Penawaran ini dibahagi kepada dua iaitu tontonan percuma untuk lima saluran terpilih seperti HBO Hits (4150, HBO Family (414), Showcase (143), K-Plus (396) dan Moonbug (618) yang bermula 1 – 31 Januari 2024.

 

Kemudian diikuti dengan tontonan percuma untuk saluran baharu HITS NOW (712) bermula 10 Januari – 31 Mac 2024.

 

Dalam pada itu juga, Astro turut memperkenalkan kempen baharu “Masa Bersama Merapatkan Kita” bertujuan untuk memupuk hubungan yang baik dalam kalangan insan tersayang khususnya dalam keluarga.

Kandungan yang dinyatakan boleh diakses menerusi langganan Pek TV Astro bermula RM41.99 sebulan, di samping diskaun 30% diberikan untuk pendaftaran secara auto debit.

 

Info lanjut semak di https://www.astro.com.my

 

Sumber: Astro AWANI