Kajian Gfk Radio Audience Measurement (RAM) Wave 1, 2022 melaporkan satu ketinggian baharu untuk radio di Malaysia dengan jumlah pendengar mencapai hampir 96% individu di Semenanjung Malaysia, setara dengan 21.3 juta pendengar radio mingguan, menandakan peningkatan yang ketara sebanyak 217,000 dari kajian terdahulu. Dari ini, Astro Radio meningkatkan bahagian pasarannya kepada 16.4 juta pendengar mingguan atau 77.1% dari 21.3 juta jumlah pendengar radio terkini, mengukuhkan kepimpinannya sebagai rangkaian radio dengan jumlah pendengar tertinggi di dalam negara.
Peningkatan jangkauan pendengar Astro Radio disokong oleh 16.6 juta purata penstriman radio digital, 25.7 juta pengikut media sosial, 359.6 juta tontonan video dan 146.1 juta jangkauan halaman Facebook bulanan.
Jenama-jenama Astro Radio terus mendahului dengan kedudukan No. 1 di kesemua bahasa: ERA, jenama Melayu No. 1; HITZ, jenama Inggeris No. 1; MY, jenama Cina No. 1; dan RAAGA, jenama Tamil No. 1. Astro Radio mencatatkan capaian 71.9% pendengar Melayu, 87.6% pendengar Inggeris, 71.1% pendengar Cina dan 93.6% pendengar Tamil.
-
ERA, jenama radio No. 1 Malaysia, meningkatkan jangkauan mingguannya kepada 5.8 juta, dan terus mencapai jangkauan tertinggi untuk radio di Malaysia di kalangan pendengar muda Melayu berusia antara 10 hingga 29 tahun, dengan 2.9 juta pendengar. Segmen Pagi kekal No. 1 dengan 2.7 juta pendengar. ERA juga mencapai Pendengar Setia Tertinggi di kalangan jenama-jenama radio dengan 866,000.
-
SINAR, kekal menjadi jenama radio kedua yang paling didengari secara keseluruhan dan merupakan jenama radio berbahasa Melayu No. 2 di Malaysia, dengan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 5.2 juta pendengar mingguan. Segmen Pagi dan Segmen Petang SINAR (3 petang – 7 malam) keduanya meningkat kepada 2.6 juta pendengar mingguan secara berasingan. SINAR juga mencatatkan peningkatan ‘Pendengar Setianya’ kepada 679,000.
-
GEGAR, jenama radio Malaysia No. 1 di Pantai Timur meningkatkan jangkauan kepada 2.6 juta pendengar mingguan, yang terdiri daripada lebih kurang 35% dari Kelantan, 22% dari Pahang, 26% dari Terengganu dan 16% dari Pantai Barat.
-
ZAYAN mencatatkan 340,000 pendengar mingguan dengan Segmen Petang yang meningkat kepada 185,000, selain itu Segmen Pagi mengumpulkan 153,000 pendengar.
-
Dengan 2.6 juta pendengar mingguan, HITZ juga mencapai ‘Pendengar Setia’ tertinggi untuk jenama Inggeris dengan 257,000 pendengar, Segmen Pagi tertinggi untuk jenama Inggeris dengan 1.2 juta pendengar dan Segmen Petang tertinggi untuk jenama Inggeris dengan 1.3 juta pendengar. HITZ juga mencatatkan peningkatan ‘Time Spent Listening’ kepada 5 jam dan 24 minit.
-
MIX mencatatkan 1.2 juta pendengar mingguan, dengan Segmen Pagi meningkat kepada 542,000, manakala Segmen Petang merekodkan 489,000 pendengar. MIX mencatatkan peningkatan lebih 71% untuk ‘Pendengar Setianya’ kepada 108,000.
-
LITE mencatatkan 771,000 pendengar mingguan dengan Segmen Pagi dan Segmen Petang keduanya menerima 368,000 dan 374,000 pendengar.
-
Pendengar mingguan di MY meningkat kepada 300,000, bersamaan 2.8 juta pendengar di mana Segmen Pagi dan Segmen Petang keduanya mencapai jumlah pendengar tertinggi untuk jenama radio Cina dengan 1.8 juta dan 1.6 juta pendengar.
-
MELODY menarik 1.0 juta pendengar mingguan, dengan 512,000 dan 540,000 pendengar masing-masing untuk Segmen Pagi dan Segmen Petang. MELODY juga mencatatkan peningkatan dalam Masa Mendengar sebanyak 6 jam dan 40 minit, serta peningkatan Pendengar Setia sebanyak 226,000.
-
GOXUAN, dengan hampir 200,000 pendengar mingguan telah memperoleh 94,000 dan 108,000 pendengar untuk Segmen Pagi dan Segmen Petangnya.
-
RAAGA, jenama radio Tamil No. 1 di Malaysia meningkatkan pendengar mingguannya kepada 1.8 juta. Peningkatan ini juga berdasarkan Segmen Pagi dengan peningkatan tinggi sebanyak 1.1 juta pendengar, dan peningkatan lebih dari 260,000 untuk Segmen Petang, bersamaan 1.2 juta pendengar. RAAGA juga mencatatkan peningkatan dalam ‘Pendengar Setia’ dari 131,000 kepada 753,000.
Kajian dilakukan selama 6 minggu dengan gabungan buku harian radio tradisional (75%) dan e-diari (25%) diedarkan kepada 6,000 individu unik di seluruh Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan tabiat mendengar mereka. 21 jenama radio komersial mengikuti kajian ini dan Astro Radio memperoleh 6 kedudukan dari 10 kedudukan jenama teratas.
Data source: GfK Radio Audience Measurement (RAM), Wave 1 2022 | Facebook Page Reach: Facebook Business Manager (Jan – Mar 2022) | Digital Streams: Radioactive (Jan – Mar 2022) | Website Unique Visitors/Page Views: Google Analytics (Jan – Mar 2022) | Video Views: Facebook Creator Studio, CrowdTangle, YouTube (Mar 2022) | Total Social Media Followers: Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, TikTok (Mar 2022)