Astro Radio Kekal No. 1 Di Kuching & Kota Kinabalu

Kajian Gfk Radio Listenership 2022 di Malaysia Timur melaporkan sebanyak 92.3 peratus populasi pendengar di Kuching dan Kota Kinabalu.

astro radio kekal no. 1 di kuching & kota kinabalu

Dari ini, Astro Radio mencapai bahagian pasarannya sebanyak 74.1 peratus atau 668,000 pendengar mingguan dan mengukuhkan kepimpinannya sebagai rangkaian radio dengan jumlah pendengar tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Jenama-jenama Astro Radio di Malaysia Timur terus mendahului dengan kedudukan No. 1 di kesemua bahasa dengan 73 peratus atau 400,000 jumlah pendengar mingguan di Kuching, dan sebanyak 75.9 peatus atau 268,000 pendengar mingguan di Kota Kinabalu.

ERA, jenama radio Melayu No. 1 mencapai lebih 279,400 pendengar mingguan; HITZ, jenama radio Melayu No. 1 mencapai lebih 276,000 pendengar mingguan, dan MY, jenama radio Cina No. 1 melihat lebih daripada 145,300 pendengar mingguan.

Di Kota Kinabalu:

  • ERA merupakan jenama radio Melayu No. 1 dikalangan pendengar berumur 10 tahun ke atas dengan lebih 136,700 pendengar mingguan. Segmen Pagi dan Segmen Petang merekodkan lebih daripada 97,900 dan 70,400 pendengar mingguan masing-masing. Jenama ini juga mencapai ‘Pendengar Setia’ (Exclusive Audience) tertinggi dikalangan jenama radio Melayu dengan 11,588 pendengar mingguan. ERA juga merekodkan ‘Masa Mendengar’ (Time SpentListening) sebanyak 6 jam 50 minit.

  • HITZ, sebagai jenama radio Inggeris No. 1 dikalangan pendengar berumur 10 tahun ke atas, mencapai lebih daripada 112,000 pendengar mingguan dan mencatatkan lebih daripada 70,400 dan 60,600 pendengar mingguan masing-masing untuk Segmen Pagi dan Segmen Petang. HITZ mengumpulkan lebih daripada 9,600 jumlah ‘Pendengar Setia’ (Exclusive Audience) dan merekodkan ‘Masa Mendengar’ (Time Spent Listening) sebanyak 6 jam 11 minit.

  • MY, jenama radio Cina No. 1 dikalangan pendengar berumur 10 tahun ke atas, dengan lebih daripada 30,800 pendengar mingguan. Segmen Pagi dan Segmen Petang masing-masing mencapai 22,052 dan 18,281. MY juga mengumpulkan ‘Pendengar Setia’ lebih daripada 10,300 dan merekodkan ‘Masa Mendengar’ (Time Spent Listening) sebanyak 10 jam 32 minit.

Di Kuching:

  • ERA mencapai lebih daripada 142,600 pendengar mingguan, sebagai jenama radio Melayu No. 1 dikalangan pendengar berumur 10 tahun ke atas di bandar ini. Segmen Pagi dan Segmen Petang masing-masing merekodkan 97,513 dan 88,205 pendengar mingguan. ERA mencatatkan 8 jam 5 minit bagi ‘Masa Mendengar’ (Time Spent Listening) dan mencapai‘Pendengar Setia’ (Exclusive Audience) lebih daripada 27,000.

  • HITZ, sebagai jenama radio Inggeris No. 1 dikalangan pendengar berumur 10 tahun ke atas, mencapai lebih daripada 164,000 pendengar mingguan, dengan 115,303 dan 89,729 pendengar mingguan di Segmen Pagi dan Segmen Petang masing-masing. Dengan 20,780 ‘Pendengar Setia’ (Exclusive Audience), HITZ merekodkan ‘Masa Mendengar’ (Time Spent Listening) sebanyak 6 jam 18 minit.

  • MY, jenama radio Cina No. 1 dikalangan pendengar berumur 10 tahun ke atas merekodkan 114,475 pendengar mingguan. Segmen Pagi dan Segmen Petang mencapai 77,274 dan 58,478 pendengar masing-masing. MY merekodkan ‘Masa Mendengar’ (Time Spent Listening) sebanyak 6 jam 9 minit dan mengumpulkan ‘Pendengar Setia’ (Exclusive Audience) sebanyak 26,892.
    Kajian dilakukan selama 2 minggu dengan gabungan buku harian radio tradisional dan e-diari diedarkan kepada 1,080 individu unik di Kota Kinabalu dan Kuching untuk mendapatkan tabiat mendengar mereka. 

Data source: GfK Radio Listenership Survey 2022 (Kota Kinabalu and Kuching)