Astro Perkenal Saluran 480 Baharu, Lebih Banyak Filem Blokbuster Menanti!

Astro memperkenalkan saluran Astro First baharu (Saluran 480) yang akan menjadi destinasi kegemaran seterusnya bagi para peminat filem untuk menstrim semua filem blokbuster yang hebat di Astro. Para penonton kini boleh strim filem yang disewa menerusi saluran ini sebanyak yang mungkin dalam masa 48 jam untuk RM15 mulai 23 Ogos 2023. 

 

Sebahagian daripada inisiatif ini, kesemua filem-filem blokbuster antarabangsa di Astro Best akan dimainkan menerusi saluran baharu ini bersama-sama dengan filem-filem blokbuster tempatan yang hebat, menawarkan variasi filem daripada pelbagai genre dan bahasa dalam satu saluran sahaja. 

 

Penggemar filem kini boleh teruja untuk mengisi masa lapang mereka dengan menonton filem-filem berkualiti tinggi yang bakal ditayangkan di saluran 480 termasuk filem aksi hebat, Transformers: Rise of the Beasts, kisah pertempuran antara robot untuk menyelamatkan dunia pada 23 Ogos; musim terbaharu saga Spider-Verse oleh Miles Morales yang memenangi Oscar, Spider-Man: Across the Spider-Verse pada 28 Ogos serta filem superwira The Flash 2 yang mengisahkan kejadian apabila Barry menggunakan kuasanya untuk mengembara ke masa lalu untuk mengubah peristiwa lampau pada 2 September. 

astro perkenal saluran 480 baharu, lebih banyak filem blokbuster menanti!

Para peminat hiburan daripada Korea turut boleh menantikan filem penuh aksi mengenai seorang peninju yang menemui seorang lelaki misteri ketika ingin mencari bapanya dalam The Childe pada 31 Ogos dan The Roundup: No Way Out, filem berkonsepkan jenayah-aksi mengenai kes dadah dengan organisasi di Jepun yang dibintangi Ma Dong Seok, Lee Jun Hyuk dan Munetaka Aoki pada 14 September. Nantikan juga filem komedi aksi Kadavuluku Oru Kaditham iaitu sebuah filem di bawah dana kandungan Digital (DKD) agihan Finas dengan kerjasama Astro mengenai kehidupan seorang anak yatim piatu yang diburu oleh sekumpulan samseng pada 1 September ini. 

astro perkenal saluran 480 baharu, lebih banyak filem blokbuster menanti!

Bukan itu sahaja, para pelanggan juga turut dapat menikmati kombo istimewa untuk menonton dua filem yang menampilkan pelakon terkenal Zizan Razak yang membawa sisi berbeza iaitu Polis Evo 3 dan Merewang Keluarga Pak Awang apabila mereka menyewa kombo Macam-Macam Zizan yang ditayangkan pada 24 Ogos dengan harga istimewa RM25. 

astro perkenal saluran 480 baharu, lebih banyak filem blokbuster menanti!

Kesemua filem blokbuster tempatan dan antarabangsa ini boleh disewa oleh semua pelanggan Astro mulai 23 Ogos 2023 di Astro First baharu (Saluran 480) serta menerusi On Demand di Astro Box dan Astro GO. Bagi para pelanggan NJOI, mereka boleh membeli semua judul antarabangsa ini dengan memuat turun aplikasi NJOI menerusi Google Play Store, Apple App Store atau aplikasi Huawei Gallery, atau Whatsapp/SMS Astro untuk mendapatkan saluran Astro First baharu (Saluran 480). Pembelian turut boleh dibuat daripada penjual NJOI terdekat. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://content.astro.com.my/astro-first atau https://www.njoi/com.my/ (NJOI) untuk sebarang maklum balas.