Astro Kem Badminton Kembali Lagi, Pusingan Ke-4 di Relau Sports Complex, Pulau Pinang

Astro Kasih meneruskan komitmennya ke arah memperjuangkan sukan tempatan dengan kembalinya Astro Kem Badminton 2023.

astro kem badminton kembali lagi, pusingan ke-4 di relau sports complex, pulau pinang

Astro Kem Badminton 2023 dianjurkan bertujuan memberi peluang keemasan kepada pemain muda masa depan, dilatih dan diasuh oleh pemain kebangsaan Malaysia sendiri yang menjadi jurulatih profesional.

 

Kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun telah mendaftar secara atas talian dan juga walk in.

astro kem badminton kembali lagi, pusingan ke-4 di relau sports complex, pulau pinang

Sebanyak empat sesi telah berjaya diadakan dengan setiap peserta diuji dari segi pukulan dan teknik di 8 stesen yang berbeza. Para peserta yang terpilih pada sesi pertama, akan ke sesi kedua pada hari Ahad, 18 Jun 2023.

 

Pemilihan seterusnya akan diadakan pada 27 dan 28 Jun 2023 di Olympia Badminton Arena, Kota Kinabalu sebelum jelajah diteruskan di Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

astro kem badminton kembali lagi, pusingan ke-4 di relau sports complex, pulau pinang

Memulakan langkah pertama di Kuching pada tahun ini, Astro berharap untuk mencungkil lebih ramai juara seperti alumni AKB termasuk Jacky Kok, Myisha, Valeree Siow, Wan Muhammad Arif, Go Pei Kee dan ramai lagi.

 

Pada tahun 2022, kem latihan AKB di lima negeri berbeza di seluruh Malaysia, menarik lebih daripada 1,500 pemain muda berusia antara 10 hingga 12 tahun dengan 50 daripada mereka akhirnya dipilih untuk kem terakhir di Kuala Lumpur.