Dua Maut, AS Beri Amaran Wabak Jangkitan Kulat Akibat ‘Plastic Surgery’

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Mexico kini menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar mengisytiharkan sejenis wabak jangkitan kulat yang dikaitkan dengan plastic surgery atau pembedahan plastik sebagai darurat kesihatan awam.

dua maut, as beri amaran wabak jangkitan kulat akibat ‘plastic surgery’

Menurut laporan, jangkitan kulat yang teruk ini boleh menjejaskan saraf tunjang dan otak mereka yang dijangkiti, lalu menyebabkan kematian.

 

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah melaporkan lebih daripada 200 pesakit dari Amerika Syarikat berisiko menghidap penyakit ini. Individu-individu ini dilapor telah mengunjungi klinik-klinik di Matamoros, Mexico, antara Januari dan 13 Mei lalu.

dua maut, as beri amaran wabak jangkitan kulat akibat ‘plastic surgery’

Dua orang pesakit telah disahkan maut akibat jangkitan meningitis kulat yang serius, iaitu penyakit yang memberi kesan khusus kepada otak dan saraf tunjang.

 

Menurut laporan dari pegawai kesihatan, lima wanita berusia antara 30 hingga 50-an, dari Texas telah menjadi mangsa penyakit ini selepas menjalani pembedahan kosmetik di bandar Matamoros, Mexico. Prosedur-prosedur ini melibatkan penggunaan epidural, iaitu suntikan bius yang diberikan di sekitar ruas belakang.

 

Pihak berkuasa mengesyaki bahawa doktor-doktor yang menjalankan pembedahan itu telah menggunakan peralatan yang tidak disterilkan, yang menyebabkan jangkitan ini berlaku.

 

Pembedahan-pembedahan tersebut terutamanya melibatkan liposuction, iaitu teknik membuang lemak dari bahagian-bahagian badan tertentu, dilakukan di Pusat Bedah River Side dan Klinik K-3. Oleh demikian, fasiliti perubatan ini telah ditutup sementara oleh pihak berkuasa kerana kebimbangan mengenai penyebaran jangkitan.

dua maut, as beri amaran wabak jangkitan kulat akibat ‘plastic surgery’

Bekerjasama dengan CDC, pihak berkuasa kesihatan Mexico percaya bahawa terdapat tiga lagi individu di Texas yang berpotensi menghidap penyakit ini.

 

Sebagai langkah berjaga-jaga, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Negeri Texas (DSHS) telah mengeluarkan amaran kepada individu-individu yang baru-baru ini menjalani pembedahan di Mexico, meminta mereka untuk berhati-hati kerana gejala boleh muncul dalam tempoh tiga hari hingga enam minggu selepas pembedahan.

 

Sumber: Metro UK