Lebih Besar dan Lebih Baik, Art of Speed Malaysia Kembali Lagi Tahun Ini!

Melihat kepada sambutan yang luar biasa daripada pengunjung pada tahun 2022, Art of Speed akan kembali untuk tahun 2023, semestinya lebih besar dan lebih baik dari sebelumnya!

lebih besar dan lebih baik, art of speed malaysia kembali lagi tahun ini!

SYOK sebagai rakan kongsi sokongan media rasmi, akan bersama-sama AOS 2023 di MAEPS pada 29 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 30 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam).

 

AOS 2023 mengalukan tetamu komuniti kustom dan juga media antarabangsa seperti:

1.   Shige Suganuma, Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES; Jepun

lebih besar dan lebih baik, art of speed malaysia kembali lagi tahun ini!

2.   Wild Road Choppers; Jepun dan juga 1941 Harley-Davidson Chopper Show Bike

lebih besar dan lebih baik, art of speed malaysia kembali lagi tahun ini!

3.   Cosmic Chopper City; Jepun dan juga 2020 Harley-Davidson Chopper Show Bike

lebih besar dan lebih baik, art of speed malaysia kembali lagi tahun ini!

4.   Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com, Global

lebih besar dan lebih baik, art of speed malaysia kembali lagi tahun ini!

5.   Alexander Iain dari Speedhunters.com, Global

6.   Side Yakotani; Jepun dan juga 1959 Volkswagen Type2 Safari Custom Show Car

7.   Ya Seat; Thailand

8.   Kustomstyle, Jepun

lebih besar dan lebih baik, art of speed malaysia kembali lagi tahun ini!

9.   Joints Custom Show, Jepun

10. 2 Percenter, Jepun

lebih besar dan lebih baik, art of speed malaysia kembali lagi tahun ini!

11. Vibes Magazine, Jepun

12. Roller Magazine, Jepun

13. Weller Magazine, Jepun

14. Mow; Australia

lebih besar dan lebih baik, art of speed malaysia kembali lagi tahun ini!

15. Choppajoop, Singapura

lebih besar dan lebih baik, art of speed malaysia kembali lagi tahun ini!

16. Hisa Artes 66 Paintlab, Indonesia (kumpulan 15 artis pinstripe)

17. Fahmi Freeflow, Indonesia

lebih besar dan lebih baik, art of speed malaysia kembali lagi tahun ini!

18. Irvine Jasta, Indonesia

lebih besar dan lebih baik, art of speed malaysia kembali lagi tahun ini!

19. Cherry Bomb Pin-Up Parlour, Singapura

20. Bangkok Hot Rod Show, Thailand

21. Kustomfest, Indonesia

22. Borneo Kustom Show, Brunei

23. BBQ Ride, Indonesia

24. Wicked Wallop, Singapura

25. 645 magazine, Indonesia

26. Mill Art, Indonesia

27. Ignite magazine, Thailand

28. Dinggo Company, Indonesia

29. Von Dutch, Indonesia

lebih besar dan lebih baik, art of speed malaysia kembali lagi tahun ini!

Turut kembali ke AOS 2023 tahun ini adalah SoundCircus Festival. 1,000 pembeli tiket pertama akan menyertai Cabutan Bertuah Atas Talian AOS2023, dan akan ada hadiah tambahan untuk dimenangi oleh Harley-Davidson.

lebih besar dan lebih baik, art of speed malaysia kembali lagi tahun ini!

Festival SoundCircus akan diadakan pada hari Sabtu 29 Julai 2023 di MAEPS Serdang dari jam 4:00 petang hingga lewat malam. Tiket kini boleh didapati di https://scf.artofspeedmy.com/ticket/ (Tiket Early Bird sudah habis dijual). Tiket SoundCircus Festival untuk akses di pentas luar boleh didapati pada harga RM120 setiap orang atau RM360 untuk kumpulan 4 orang (RM90 setiap orang).

*SoundCircus Festival adalah untuk umur 16 tahun dan ke atas SAHAJA!

 

Untuk menamatkan acara pada hari Ahad, seorang pemegang tiket bertuah akan pulang dengan hadiah cabutan bertuah dengan SATU (1) Toyota Celica 1979 yang di kustom sepenuhnya oleh Art of Speed Malaysia (AOSM).

 

Pas hujung minggu AOS 2023 pula boleh diperolehi di depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara PERCUMA. Tiket AOS dan SCF boleh dibeli melalui laman web rasmi www.artofspeedmy.com